Wednesday 25 July 2012

diri ini

Assalamualaikum .

orang selalu kata, jangan jadi seperti pungguk. Yang menanti untuk bersama rembulan tapi sayang tidak dapt digapai. Rembulan pula lebih suka berdamping dengan kerdipan bintang yang nyata lebih mempersonakan. Orang selalu kata jangan jadi seperti pelangi . Yang nampak cantik jalurnya tapi muncul sementara. Orang selalu kata jangan jadi seperti ombak.  Yang sentiasa menghempas pantai namun tidak berteman.

Namun aku tetap mahu jadi seperti pungguk. Yang setia merindui rembulan. Aku tetap mahu jadi seperti pelangi. Yang mewarnai alam dengan warna yang mempersonakan. Dan aku tetap mahu menjadi seperti ombak. Yang menghanyutkan pepasir putih turut same ke dalam laut. 

Mengapa aku mahu menjadi seperti pungguk ? Bukankah perkara yang sia2 menanti rembulan berbicara dengannya ? tidak !! Pungguk itu lambang kesetiaan yang murni. Betapa setianya pungguk menunggu rembulan saban malam dengan harapan dapat mendengar isi hatinya yang kesunyian.

Mengapa aku mahu jadi seperti pelangi ? Bukankah sifatnya hanya semantara ? Benar tetapi walau sementara sudah cukup menyerikan alam dengan rona yang mempersonakan. kehadirannya sudah cukup mengukir senyuman pada setiap yang memandangnya. 

Mengapa aku mahu menjadi seperti ombak ? Bukankah menyakitkan menghempas tubuh pada pesisiran pantai ? tidak !! ombak sebenarnya menemani pantai yang kesepian . Deruannya umpama lagu merdu yang didendangkan buat menghibur rawan. Percikan airnya menghantar kedinginan, menyejukkan jiwa yang kepanasan .

Begitulah diri ini diibaratkan seperti pungguk. Penantian itu memang satu penyeksaan . Setianya menunggu sudah tidak mampu dibilang. Namun aku tetap setia dengan harapan agar dia dapat mendengar rasa hati sepertimana pungguk yang mahu rembulan memahami bicara kalbunya.

Diri ini juga seperti pelangi . Hadirku hanya sebagai penyeri. Penyeri dalam hidupnya walaupun sementara. Berada disisinya membuatkan jiwa ini dipenuhi dengan kenangan2 yang mengembirakan. Namun semua itu hanya sekejap cuma. 

Seperti ombak yang sentiasa bergulungan menyapa pantai. Begitulah diri ini yang sentiasa berharap akan kepulangannya membawa hati yang dicuri. Aku tidak berharap dia pulang membawa sinar cinta yang masih menyala di dalam matanya. Namun, entah bila dia akan kembali . aku tidak tahu dan tidak pernah ambik tahu.

Kadangkala mahu sahaja aku menyuruh pungguk menebarkan kepaknya agar terbang menegur rembulan. Kadangkala mahu sahaja aku meminta pelangi agar trus setia menyinari alam dengan warnanya yang bersri. kadangkala mahu sahaja aku mendesak agar ombak berehat menghempas pantai. Biar pantai mangerti batapa sunyinya tanpa kehadiran ombak.

No comments:

Post a Comment